Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, and Nor Hayati Sa’at, and Sabri Ahmad, and Ibrahim Mamat, (2016) Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 87-98. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
378kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41 buah sekolah menengah yang dipilih secara rawak mudah untuk menjawab borang soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar Program Tunas Niaga mempunyai kecenderungan menceburi bidang keusahawanan pada tahap tinggi. Faktor-faktor peramal seperti kewangan, model peranan, personaliti, halangan, pengenalan sosial, norma sosial, pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan mempunyai kaitan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian ini memberi peluang kepada pihak berwajib meningkatkan usaha dan mengubah pendekatan untuk membawa perubahan kepada generasi muda supaya lebih cenderung menceburi bidang keusahawanan dan membentuk masyarakat perdagangan dan perniagaan Bumiputera Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Faktor-faktor peramal; Kecenderungan menceburi keusahawanan; Pendidikan keusahawanan; Usahawan muda
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10462
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 02:14
Last Modified:12 Jun 2017 15:34

Repository Staff Only: item control page