Perkaitan sumber maklumat dengan sokongan kepada parti politik

Junaidi Awang Besar, (2016) Perkaitan sumber maklumat dengan sokongan kepada parti politik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-30. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
599kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Elemen yang paling berkesan dalam menentukan persepsi politik dan sokongan kepada parti politik ialah sumber maklumat. Akses sumber maklumat melalui pembacaan dan maklum balas terhadap sesuatu maklumat akan mempengaruhi pendirian seseorang sama ada bersikap percaya sepenuhnya ataupun menafikan maklumat yang diperoleh tersebut. Dalam konteks politik pilihan raya di Malaysia, jika sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, sumber maklumat politik hanya bergantung kepada media arus perdana iaitu media elektronik (televisyen dan radio) serta media cetak (akhbar) terutamanya bagi golongan tua dan yang berada di luar bandar yang lebih memihak kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN). Namun pada PRU 1999, penggunaan media alternatif iaitu internet dan SMS telah meluaskan lagi sumber maklumat terutamanya bagi golongan muda dan di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengubah landskap politik negara ini yang selama ini iaitu sebelum PRU 1999 hampir semua kawasan termasuk kawasan bandar dan juga pengundi muda majoritinya menyokong BN kepada menyokong parti-parti pembangkang iaitu PKR, PAS dan DAP. Berdasarkan soal selidik di kawasan Parlimen Batu Pahat terhadap 300 orang responden, didapati responden yang mengakses media cetak dan elektronik lebih cenderung menyokong BN manakala responden yang mengakses sumber alternatif seperti blog dan media sosial lebih cenderung menyokong parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Hal ini kerana kedua-dua media cetak dan elektronik dikuasai parti pemerintah iaitu BN manakala kebanyakan blog dan media sosial majoritinya dikendalikan oleh blogger atau netizen yang pro-pembangkang. Keadaan ini berlarutan sejak PRU 1999 hinggalah PRU 2013. Justeru, media baru atau internet ini telah mengubah landskap politik negara ini dan mencetuskan pendemokrasian maklumat yang luas dan lebih cepat berbanding media arus perdana.

Item Type:Article
Keywords:Politik; Pilihan raya; Media arus perdana; Media alternatif; Pendemokrasian maklumat
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10465
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 02:31
Last Modified:05 Jul 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page