Keputusan pembelian: jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka

Noraihan Mohamad, and Mohd Sobhi Ishak, and Sabrina Mohd Rashid, (2016) Keputusan pembelian: jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-15. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
206kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Keputusan pembelian pengguna terhadap suatu produk boleh dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti iklan, media dan faktor persekitaran. Dari perspektif media, keputusan pembelian pengguna tidak hanya bergantung kepada maklumat yang bersumberkan satu media sahaja. Sebaliknya, kecenderungan untuk mengurangkan risiko dalam pembelian akan mendorong pengguna untuk membina kefahaman yang lebih baik mengenai produk. Justeru, berteraskan kepada Teori Kekayaan Media, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh jalinan antara media cetak, media atas talian dan media bersemuka terhadap pengukuhan kefahaman pengguna mengenai produk yang akhirnya mempengaruhi keputusan pembelian mereka. Kajian ini memfokuskan kepada risalah, media sosial, rakan-rakan, kedai lain dan kedai pilihan sebagai media yang dijalinkan pengguna untuk menjelaskan ketidakpastiannya mengenai harga, fungsi, kualiti, jenama, jaminan dan reka bentuk produk pengkomputeran. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap komuniti institusi pendidikan di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan dalam kajian lapangan. Sebanyak 115 data dapat dikumpul dan dianalisis berbantukan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian menunjukkan media atas talian merupakan sumber maklumat pertama pengguna mengenai produk tetapi tidak dalam hal pembuatan keputusan. Manakala, rakan-rakan dan kedai pilihan merupakan sumber maklumat pelengkap kepada pengguna untuk mengukuhkan kefahaman mengenai produk sebelum membuat keputusan pembelian. Kesimpulannya, kombinasi antara rakan-rakan dan kedai pilihan merupakan media yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan pembelian oleh pengguna terhadap produk pengkomputeran.

Item Type:Article
Keywords:Keputusan pembelian; Jalinan antara media; Teori Kekayaan Media
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10468
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 03:38
Last Modified:05 Jul 2017 04:16

Repository Staff Only: item control page