Kewujudan filem cetak rompak & filem tidak bertapis: mengapa masih berlaku?

Noor Aziah Abdullah, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Mohd Nor Shahizan Ali, (2016) Kewujudan filem cetak rompak & filem tidak bertapis: mengapa masih berlaku? Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-34. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
548kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Filem dikatakan mencerminkan imej dan ketamadunan sesuatu bangsa. Pemerolehan mesej akan diserap ke minda melalui tingkah laku dan komunikasi yang dipaparkan. Namun perkembangan industri filem dicacatkan dengan ancaman dan cabaran aktiviti filem cetak rompak dan filem tidak bertapis. Filem cetak rompak ialah filem yang tidak memiliki tanda hologram yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, manakala filem tidak bertapis ialah filem yang tidak mendapat kelulusan tapisan daripada Lembaga Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri. Justeru kertas kerja ini mahu mengupas faktor penyumbang kepada kewujudan aktiviti yang menyalahi undang-undang ini. Dengan menggunakan kajian kualitatif, makalah ini cuba meneroka permasalahan yang menyebabkan kewujudan aktiviti ini. Temu bual mendalam dijalankan ke atas 17 informan yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri filem. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan hasil kajian mendapati bahawa faktor kewujudan aktiviti filem cetak rompak dan filem tidak bertapis ini berpunca daripada perkembangan teknologi, isu hak cipta, tatacara pelaksanaan penguatkuasaan, tatacara kelulusan dagangan dan peruntukan undang-undang sedia ada. Rumusannya, kewujudan filem cetak rompak dan filem tidak bertapis adalah berikutan dasar dan perundangan yang sedia ada yang tidak mampu mengekang dan mengawal aktiviti tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Filem cetak rompak; Filem tidak bertapis; Isu hak cipta; Dasar dan perundangan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10470
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 03:46
Last Modified:05 Jul 2017 04:28

Repository Staff Only: item control page