Pemuliharaan warisan terpinggir: menanggap peranan medium sinema

Mohd Fadzil Razali, and Badrul Redzuan Abu Hassan, and Roslina Abdul Latif, (2016) Pemuliharaan warisan terpinggir: menanggap peranan medium sinema. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-14. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
657kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Amalan pemuliharaan warisan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang wujud di Malaysia adalah sebahagian daripada proses memperkasakan jati diri bangsa Malaysia yang terkenal dengan kerencaman etniknya. Amalan ini sering dikaitkan dengan impak fenomena ‘globalisasi budaya’. Hal ini berupaya ‘menenggelamkan’ budaya peribumi supaya menjadi semakin tidak signifikan lagi dalam arus modenisasi. Peranan filem dalam membentuk daya fikir masyarakat bertujuan agar masyarakat menghayati dan mengingati budaya bangsanya. Ini telah menimbulkan persoalan mengenai kemampuan filem dalam menyemai aspirasi perubahan sesebuah bangsa. Amnesia ini boleh dan sedang dicegah oleh sebilangan kecil intelektual seni dan budaya yang gigih membentuk daya imaginasi dan daya fikir masyarakat dengan menggunakan kerangka ‘voyage-in’ atau ‘mengarus-balik’ yang dikemukakan oleh Edward Said (1993). Makalah ini menyorot perjuangan pemuliharaan 2 antologi tarian zapin dan wayang kulit dalam filem Zaleha Ayam Patah dan Wayang. Hasil analisis kritis wacana menunjukkan pendidikan anak bangsa adalah strategi terampuh sebagai warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu yang kian terpinggir.

Item Type:Article
Keywords:Pemerkasaan warisan; Zapin Johor; Wayang kulit; “Voyage in”; Suara
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10472
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 06:41
Last Modified:05 Jul 2017 04:33

Repository Staff Only: item control page