Persepsi amalan perhubungan raya kerajaan dari pandangan pengguna – kajian kes di Sabah

Mohd Hamdan Haji Adnan, (2016) Persepsi amalan perhubungan raya kerajaan dari pandangan pengguna – kajian kes di Sabah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-21. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Tinjaun ini mengkaji pandangan masyarakat di Sabah terhadap amalan perhubungan awam yang dipraktis oleh kerajaan di Malaysia amnya dan khususnya di Sabah. Turut dikaji ialah macam mana pengalaman responden dengan pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan telah mempengaruhi persepsi mereka terhadap imej negara dan amalan perhubungan awam kerajaan (PAK). Iaitu, dari segi pentadbiran atau pengurusan negara, dasar, projek serta pelaksanaannya. Juga, dikaji ialah bagaimana pengalaman rakyat berurus dengan agensi-agensi kerajaan telah membentuk persepsi mereka terhadap kredibilitinya. Kaedah penyelidikan ialah tinjauan pendapat di mana para responden adalah dipilih secara rawak bagi menentukan mereka mampu mewakili penduduk Sabah. Seramai 600 responden telah dipilih yang bermastautin dan berkerja di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar. Mereka telah ditemuduga secara bersemuka dengan menggunakan borang soalselidik yang telah disediakan. Soalan-soalan yang digubah adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada matlamat-matlamat yang telah ditetapkan. Tinjauan awalan dibuat bagi menentukan kejelasan soalan serta ketepatannya. Penemuan telah dianalisis menggunakan SPSS dan ditafsirkan mengikut keperluan matlamat kajian. Tinjauan ini mendapati bahawa responden yang banyak atau pernah berurusan dengan agensi kerajaan lazimnya memiliki pandangan yang lebih positif terhadap kerajaan. Bagaimanapun, resminya penemuan menunjukkan bahawa responden di Sabah menilai bahawa amalan PAK di Malaysia adalah di tahap sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan demi masa depan cermelang negara.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Amalan; Pengguna; Pendapat umum; Perhubungan awam
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10473
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 06:44
Last Modified:05 Jul 2017 04:47

Repository Staff Only: item control page