Makna implisit bahasa kiasan Melayu: mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik

Nur Afiqah Wan Mansor, and Nor Hashimah Jalaluddin, (2016) Makna implisit bahasa kiasan Melayu: mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-23. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Kajian ini merupakan kajian semantik dan akal budi Melayu yang menyelidik mengenai deria rasa masam, masin, manis dan pahit dalam kiasan Melayu. Kajian ini menghuraikan makna implisit dan makna implisit kompleks bahasa kiasan khususnya peribahasa dan kaitannya dengan akal budi Melayu. Data kiasan Melayu dikumpul daripada tiga buah kamus iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kamus Simpulan Bahasa, Kamus Peribahasa Melayu dan dikukuhkan dengan data korpus yang diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang menggabungkan data, teori, kognitif dan falsafah sehingga membawa kepada tafsiran akal budi Melayu. Analisis pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dilakukan terhadap data korpus deria rasa dalam kiasan Melayu. Seterusnya kaedah inkuisitif dilakukan bagi mencungkil makna sebenar yang ingin disampaikan. Hasil kajian mendapati kiasan Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan budaya dan akal budi Melayu. Ketersiratan makna masam, manis, masin dan pahit serta makna yang berasosiasi dengan rasa juga dapat dicungkil dan dikaitkan dengan akal budi penuturnya. Pengkategorian mengikut medan makna juga membuktikan bahawa kiasan berunsurkan deria rasa tidak hanya memperlihatkan makna teras rasa malah juga mendukung makna pinggiran lain. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, kajian kiasan juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa kiasan; Peribahasa; Rangka rujuk silang; Deria rasa; Kaedah inkuisitif
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10477
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 07:00
Last Modified:05 Jul 2017 08:49

Repository Staff Only: item control page