“YouTube” dan generasi muda Islam: satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti

Norizah Aripin, and Awan Ismail, and Mohd Sobhi Ishak, and Nik Adzrieman Abdul Rahman, and Mohd Nizho Abdul Rahman, and Mot Madon, and Mohd Faisal Mustaffa, (2016) “YouTube” dan generasi muda Islam: satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-27. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Kehadiran “YouTube” hari ini memberikan ruang generasi muda Islam mencari maklumat agama dalam “YouTube”. Pencarian maklumat ini memberi persepsi kepercayaan yang berlainan kepada generasi muda ini terutama kelahiran maklumat „Ustaz YouTube‟ yang menyampaikan maklumat agama yang tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis maklumat agama yang dilayari dalam “YouTube” dan mengenal pasti persepsi kepercayaan “YouTube” sebagai sumber maklumat agama. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Pendekatan yang digunakan adalah temubual kumpulan fokus terhadap empat kumpulan yang terdiri daripada 31 pelajar Universiti Utara Malaysia beretnik Melayu dan beragama Islam serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan agama. Soalan yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk soalan terbuka dan analisis kajian ini menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa lapan informan sesi 1 melayari “YouTube” maklumat agama Islam berkaitan hukum-hukum dalam Islam, ceramah, tokoh-tokoh Islam, isu-isu semasa, solat dan tanda-tanda kiamat. Empat informan sesi 2 melayari “YouTube” berkaitan maklumat ceramah, zikir dan solat. Informan sesi 3 pula selalu melayari “YouTube” berkaitan sejarah Islam termasuk kisah-kisah nabi, isu-isu semasa, hukum-hukum dalam Islam, ceramah dan soal jawab agama di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid dan kartun berunsurkan Islamik. Tujuh informan sesi 4 melayari “YouTube” mencari maklumat hukum-hukum dalam islam, tajwid al-quran, motivasi, ceramah, isu-su semasa, ilmu perbandingan agama, zikir, di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid berunsurkan Islamik. Majoriti informan setiap sesi kumpulan fokus melayari maklumat agama berbentuk pendidikan dan hiburan. Dari segi kepercayaan “YouTube” sebagai sumber maklumat agama, rata-rata informan setiap sesi kumpulan fokus menyatakan bahawa rujukan guru agama yang mempunyai pendidikan agama, kredibiliti penceramah agama menyampaikan mesej agama dan penyelidikan atau kajian mendalam kandungan maklumat tersebut adalah asas penting untuk memastikan kesahihan maklumat agama di “YouTube”.

Item Type:Article
Keywords:“YouTube”; Jenis maklumat agama; Kepercayaan dan generasi muda Islam
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10480
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 07:13
Last Modified:05 Jul 2017 09:01

Repository Staff Only: item control page