Cabaran dan pengadaptasian warga emas dalam persekitaran jaringan digital

Muhammad Zaiamri Zainal Abidin, and Amira Sariyati Firdaus, (2016) Cabaran dan pengadaptasian warga emas dalam persekitaran jaringan digital. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 581-606. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Kajian ini ingin memahami cabaran, peluang serta isu yang dihadapi oleh warga emas dalam persekitaran jaringan komunikasi digital masa kini. Melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta bersama warga emas di kawasan Lembah Klang, pengkaji meneroka pandangan dan pengalaman warga emas di kawasan bandar dalam mengharungi persekitaran sosial yang kini sarat dengan teknologi digital. Dapatan kajian merungkai limitasi dan halangan penggunaan teknologi serta ransangan pengadaptasian terhadap teknologi digital bagi tujuan media dan komunikasi. Kurangnya aktiviti pencarian informasi, ketidakperluan fungsi serta ketidakpercayaan dan kekeliruan persepsi merupakan antara isu yang membawa kepada berlakunya penglimitasian dan halangan penggunaan. Manakala, bagi galakan individu dan persekitaran, motivasi dan inisiatif diri serta kekerapan keterdedahan teknologi antara aspek yang memberi ransangan kepada warga emas supaya berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran jaringan komunkasi digital di sekeliling mereka.

Item Type:Article
Keywords:Warga emas; Persekitaran jaringan komunikasi digital; Peranti teknologi komunikasi; Adaptasi teknologi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10485
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2017 08:25
Last Modified:05 Jul 2017 09:28

Repository Staff Only: item control page