Pemilihan dan autoriti sumber berita bingkai pilihanraya di Malaysia

Mohd Zuwairi Mat Saad, and Normah Mustaffa, and Abdul Latiff Ahmad, and Badrul Redzuan Abu Hassan, (2016) Pemilihan dan autoriti sumber berita bingkai pilihanraya di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 561-579. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Dalam dunia kewartawanan, sumber memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Wartawan bergantung kepada sumber dalam pengolahan berita mereka untuk disampaikan kepada khalayak. Sumber dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya pegawai kerajaan, pengamal industri media, golongan elit awam, para saintis, doktor, peguam, profesional atau pakar. Kategori sumber politik menjurus kepada sumber yang lebih berkait rapat dengan individu yang aktif dalam aktiviti politik termasuklah dari kalangan rakyat biasa. Artikel ini membincangkan kategori sumber yang popular yang digunakan dalam berita pilihan raya kecil pada tahun 1987, 1997 dan 2014 dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan telah dilakukan ke atas sebanyak 419 artikel berita pilihan raya kecil yang dipilih secara rawak. Kaedah temubual mendalam bersama enam wartawan turut digunakan untuk memperkukuhkan pemilihan sumber yang berautoriti dalam berita pilihanraya. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun ahli politik tempatan merupakan sumber utama dalam berita bingkai pilihan raya sedangkan sumber yang menjadi pilihan adalah mereka yang berautoriti dalam sesuatu isu politik.

Item Type:Article
Keywords:Sumber berita; Autoriti; Kewartawanan; Politik; Pemilihan sumber
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10487
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 00:30
Last Modified:05 Jul 2017 09:30

Repository Staff Only: item control page