Analisis elemen patuh syariah dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) berdasarkan teori filem ar-Risalah

Rosmawati Mohamad Rasit, and Azimah Misrom, (2016) Analisis elemen patuh syariah dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) berdasarkan teori filem ar-Risalah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 1-21. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
539kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818

Abstract

Pembikinan filem memberikan nilai kepada masyarakat. Berdasarkan teori filem ar-Risalah, filem yang bergenre keagamaan perlu menepati konsep akidah, ibadah, syariat dan akhlak Islam yang betul. Walaubagaimanapun konsep ini seharusnya sejajar dengan perbahasan patuh syariah yang dibawa ke arah penghasilan filem dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana filem kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan filem. Data filem dikutip menggunakan borang pengekodan dan borang penilaian makna serta dianalisis menggunakan analisis tema dan analisis naratif. Hasil kajian mendapati bahawa filem kajian mengandungi elemen-elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah walaupun tidak secara keseluruhan.

Item Type:Article
Keywords:Patuh syariah; Teori; Filem; Dakwah; Keagamaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10489
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 00:36
Last Modified:05 Jul 2017 09:36

Repository Staff Only: item control page