Perhubungan media daripada perspektif editor Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia

Mohd Yahya Mohamed Ariffin, (2016) Perhubungan media daripada perspektif editor Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (2). pp. 259-276. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877

Abstract

Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi dan amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam (PPA) untuk membina hubungan yang berkesan dengan editor pertubuhan media. Objektif makalah ini berfokus pada amalan perhubungan media dengan memberi tumpuan kepada kepentingan amalan tersebut daripada perspektif editor Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia. Kaedah wawancara mendalam dilaksanakan untuk menganalisis pendapat 10 orang editor mengenai amalan perhubungan media di Malaysia. Hasil kajian nalisis memperlihatkan bahawa para editor Melayu Islam bersetuju bahawa amalan atau budaya perhubungan media sangat penting di negara ini. Terdapat cadangan-cadangan untuk penambahbaikan yang dikemukakan oleh para editor media kepada PPA dalam usaha membantu meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media. Para editor Melayu Islam memberi pandangan yang positif mengenai kepentingan amalan perhubungan media antara PPA dengan editor pertubuhan media di negara ini. Mereka telah memberi pelbagai pandangan menarik yang mungkin boleh dijadikan “budaya” kepada PPA di negara ini. Terdapat tiga faktor diperlukan bagi penambahbaikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media di negara ini, iaitu bahan perhubungan media yang mengandungi nilai berita, PPA yang berpengalaman dan profesional di samping unit perhubungan awam yang mampu membantu membina imej dan kedudukan organisasi mereka. Kesimpulan nya, pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan oleh para editor Melayu Islam pertubuhan media yang mungkin sangat sesuai dijadikan garis panduan oleh PPA di negara ini. Pandangan mereka bertujuan memperbaiki dan meningkatkan amalan perhubungan media ke satu tahap yang lebih cemerlang dan profesional.

Item Type:Article
Keywords:Perhubungan media; Editor Melayu Islam; Pengamal perhubungan awam; Penambahbaikan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10505
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 06:54
Last Modified:10 Jul 2017 04:33

Repository Staff Only: item control page