Gaya ujaran dalam teks kesusasteraan Melayu

Mohammad Fadzeli Jaafar, (2016) Gaya ujaran dalam teks kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (2). pp. 341-361. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877

Abstract

Makalah ini membincangkan pola dan strategi ujaran dalam teks kesusasteraan Melayu. Pola merujuk kepada konvensi dan struktur ujaran, sementara strategi merujuk sebab pemilihan ujaran dalam sesuatu perbualan. Kajian ini akan membandingkan penggunaan ujaran dalam karya sastera klasik dan moden. Teks yang dikaji ialah Hikayat Hang Tuah (HHT) dan Salina. Kajian ini tertumpu pada bab 1 dalam setiap teks kajian. Sejumlah 45 perenggan dalam HHT dan 127 perenggan dalam Salina yang terdapat dalam Bab 1 akan dianalisis. Kerangka analisis ujaran yang dikemukakan oleh Greenbaum dan Nelson (2002) akan dijadikan asas kajian. Pola ujaran yang akan diteliti dalam kajian ini ialah posisi awal, posisi tengah dan posisi akhir. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya inovasi dari segi persembahan ujaran dalam teks kesusaateraan Melayu. Misalnya, pola ujaran dalam teks moden lebih bervariasi berbanding teks klasik. Kandungan ujaran dalam teks moden juga lebih dramatik berbanding teks klasik yang bersifat langsung. Kajian ini telah menyumbang tentang gaya ujaran dalam kesusasteraan Melayu dari sudut stilistik.

Item Type:Article
Keywords:Ujaran; Sastera klasik; Sastera moden; Stilistik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10509
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 07:16
Last Modified:10 Jul 2017 06:31

Repository Staff Only: item control page