Peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia

Hazlin Falina Rosli, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Maizatul Haizan Mahbob, (2016) Peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (2). pp. 471-488. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
220kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877

Abstract

Media merupakan pihak yang dapat memberikan maklumat lanjut tentang golongan OKU dan cara untuk membantu mereka. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat semula fungsi yang dimainkan oleh media massa dalam menyebarluaskan maklumat mengenai isu kesamarataan hak OKU kepada masyarakat. Ini bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai hak OKU melalui media massa. Akibat daripada kekurangan pengetahuan yang sahih mengenai fungsi media massa sebagai pencorak sosio-budaya serta maklumat mengenai kesamarataan hak OKU yang ada, maka hal ini telah menyebabkan kesukaran mengidentifikasikan proses pemahaman, penilaian dan pembentukan tingkah laku di dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, setakat ini, maklumat yang diperolehi longgar dan tidak berbentuk empirikal. Oleh kerana itu, kajian ini dibentuk untuk membantu mengatasi kekurangan maklumat dan pengetahuan masyarakat mengenai kesamarataan hak dalam kalangan OKU di Malaysia dari perspektif media dan masyarakat. Teori yang digunakan di dalam kajian adalah teori penyuburan. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas tentang kesamarataan hak dalam kalangan OKU kepada masyarakat serta dapat memberi input yang bermanfaat agar kesedaran tentang OKU dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjamin penerimaan golongan tersebut dalam kalangan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kesedaran; OKU; Kesamarataan hak; komunikasi; Media
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10514
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 07:40
Last Modified:10 Jul 2017 04:21

Repository Staff Only: item control page