Penerimaan warga akademik UKM terhadap sasaran penetapan indeks prestasi utama (KPI) dan pengaruhnya terhadap komitmen kerja

Maizatul Haizan Mahbob, and Wan Idros Wan Sulaiman, (2016) Penerimaan warga akademik UKM terhadap sasaran penetapan indeks prestasi utama (KPI) dan pengaruhnya terhadap komitmen kerja. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (2). pp. 629-647. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877

Abstract

Kertas ini membincangkan penerimaan inovasi penilaian prestasi kakitangan awam melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Melalui GTP, kakitangan awam diminta meletakkan matlamat lebih tinggi daripada biasa dan mencabar diri untuk mencapainya. Oleh sebab penetapan matlamat yang tinggi memerlukan usaha yang lebih untuk mencapainya, maka kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana kakitangan awam khususnya warga akademik UKM boleh menerima pembaharuan ini dan sejauh mana mereka bersetuju dengan pemberat yang ditetapkan untuk setiap komponen yang dinilai. Kajian ini menggunakan survey ke atas warga akademik yang bermula daripada jawatan guru hinggalah kepada profesor. Hasil kajian mendapati, tahap penerimaan KPI oleh warga akademik UKM berada pada tahap tinggi untuk semua kategori komponen yang dinilai. Bagaimanapun dari segi persetujuan terhadap pemberat komponen KPI, secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dari segi pengaruh penerimaan KPI ke atas komitmen kerja, daripada tiga komponen yang dijadikan pemboleh ubah peramal, hanya komponen pendidikan memberi pengaruh yang signifikan (R2=.274; p<.05) ke atas komitmen kerja. Dua lagi komponen iaitu penyelidikan dan khidmat adalah tidak signifikan.

Item Type:Article
Keywords:KPI; GTP; Penerimaan inovasi; Penilaian prestasi; Komitmen kerja
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10521
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2017 08:05
Last Modified:09 Jul 2017 23:43

Repository Staff Only: item control page