Komunikasi sosial dalam kalangan etnik di Lembangan Sadong: gendang Melayu Sarawak

Ab Samad Kechot, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2017) Komunikasi sosial dalam kalangan etnik di Lembangan Sadong: gendang Melayu Sarawak. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 158-172. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
589kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901

Abstract

Persembahan seni muzik sering dianggap sebagai medium hiburan semata-mata. Namun dalam penulisan ini, pengkaji cuba meneroka peranan lain persembahan seni muzik iaitu mengeratkan interaksi sosial antara ahli masyarakat. Dengan menjadikan program persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak sebagai subjek kajian, penulisan ini mengguna pendekatan sekunder dan primer bagi mendapatkan data. Temu bual bebas dan berstruktur secara bersemuka dengan informan pakar menjadi alat penting bagi memperoleh maklumat. Kajian di lapangan memfokus kepada masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di sekitar Kuching, Kampung Simunjan dan persekitarannya serta sebahagian ahli masyarakat dalam kalangan etnik Iban, China dan Melanau. Memandangkan persembahan Gendang Melayu Sarawak merupakan aktiviti popular dalam beberapa acara persembahan kesenian di kalangan masyarakat Melayu Sarawak, maka dengan menjadikan aktiviti persembahan tersebut sebagai kajian kes, penulisan ini berusaha melihat sejauh mana persembahan Gendang Melayu Sarawak mampu mengeratkan interaksi antara ahli masyarakat yang terlibat. Dapatan awal memperlihatkan masyarakat Melayu di persekitaran sungai Sadong khususnya dalam kalangan generasi dewasa dan tua amat meminati persembahan gendang Melayu dan sering memenuhi setiap persembahan yang diadakan. Malahan mereka yang terlibat akan memberikan sumbangan tenaga, moral dan kewangan bagi menjayakan seni persembahan gendang Melayu Sarawak. Sekali gus komunikasi sebegini mewujudkan amalan kerjasama atau ‘gotong-royong’ dalam kalangan mereka. Begitu juga dalam kalangan etnik lain seperti Iban, China dan Melanau yang sedar akan kewujudan persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak dan boleh menerimanya sebagai salah satu daripada produk seni budaya tradisi masyarakat di Sarawak.

Item Type:Article
Keywords:Muzik; Gendang Melayu Sarawak; Hiburan; Popular; Kerjasama; Interaksi sosial
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10540
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2017 00:40
Last Modified:11 Jul 2017 09:03

Repository Staff Only: item control page