Konstruk pelaporan pemikiran isu liberalisasi agama dalam portal Berita Harian dan The Star

Mohd Nor Shahizan Ali, and Ahmad Munawar Ismail, (2017) Konstruk pelaporan pemikiran isu liberalisasi agama dalam portal Berita Harian dan The Star. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 229-241. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
636kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901

Abstract

Perkembangan teknologi telah mempengaruhi pentas penyampaian maklumat. Konstruk pelaporan sesuatu isu seperti Liberalisasi Agama turut mengalami dinamik perubahan dalam kalangan para pengamal media. Pertumbuhan portal akhbar dan trend penyampaian informasi telah menimbulkan reaksi dan tanggapan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Artikel ini mengutarakan konstruk portal akhbar Berita Harian dan The Star dalam melaporkan isu Liberalisasi Agama di Malaysia dalam mengenal pasti dinamika dan hala tuju pelaporannya. Kaedah analisis kandungan (mulai 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015) telah digunakan dengan memberi tumpuan kepada portal akhbar Berita Harian dan portal akhbar The Star. Justifikasi pemilihan kedua-dua portal ini berdasarkan perbezaan pemilikan setiap institusi akhbar dan sasaran pembacanya. Kajian ini dapat mengenal pasti konstruk pelaporan akhbar dalam menyampaikan maklumat isu-isu Liberalisasi Agama kepada masyarakat Malaysia samada berbentuk positif, negatif atau neutral. Dapatan kajian mendapati pemilikan terhadap syarikat akhbar mampu mempengaruhi kaedah pelaporan berita sesebuah portal akhbar dalam memberi pemahaman kepada pembaca sasarannya.

Item Type:Article
Keywords:Konstruk pelaporan berita; Liberalisasi Agama; Perkembangan teknologi; Portal akhbar; Pemilikan akhbar
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10545
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2017 01:26
Last Modified:11 Jul 2017 23:45

Repository Staff Only: item control page