Emma Mohamad, and Wan, Chooi Han (2017) Komunikasi pemimpin pendapat dalam isu pembedahan plastik: suatu analisis kandungan dalam instagram selebriti media sosial terpilih. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 261-279. ISSN 0128-1496
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901
Abstract
Pemimpin pendapat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi persepsi dan pembuatan keputusan dalam kesihatan. Dengan bantuan media sosial, pemimpin pendapat berupaya menyampaikan mesej dengan lebih mudah dan pantas, serta dapat mendorong masyarakat untuk berkomunikasi tentang sesebuah isu kesihatan dengan lebih terbuka. Ini dapat dilihat dalam pelbagai isu kesihatan, yang mana media sosial menjadi suatu platform perbincangan dan perkongsian maklumat antara satu sama lain. Keterbukaan ini juga membolehkan perbincangan sebilangan isu kesihatan yang tabu dan sensitif untuk diketengahkan dalam platform yang lebih bebas. Model Hubungan Parasosial Pemimpin Pendapat digunakan sebagai kerangka kajian bagi melihat strategi komunikasi selebriti media sosial dalam menyampaikan mesej mengenai pembedahan plastik dalam akaun Instagram mereka. Analisis kandungan telah dijalankan ke atas posting sepuluh selebriti media sosial terpilih, termasuklah gambar, video, kapsyen serta hashtag yang digunakan ketika berkomunikasi mengenai pembedahan plastik. Hasil kajian mendapati bahawa perkongsian pengalaman pembedahan dan gambar swafoto individu merupakan antara pilihan utama selebriti media sosial ketika berkomunikasi mengenai isu pembedahan plastik. Selain itu, kapsyen mereka menggunakan bahasa santai, serta hashtag yang menggambarkan prosedur pembedahan plastik banyak diperhatikan dalam posting mereka. Secara umumnya, teknik pemaparan yang digunakan oleh selebriti media sosial dalam kajian ini memenuhi kriteria dan elemen seperti yang disenaraikan dalam Model Hubungan Parasosial Pemimpin Pendapat iaitu orientasi, ransangan kepentingan serta maklumat dan pengurangan kerumitan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemimpin pendapat; Model Hubungan Parasosial Pemimpin Pendapat; Komunikasi kesihatan; Media sosial; Pembedahan plastik |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10547 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2017 01:44 |
Last Modified: | 11 Jul 2017 09:06 |
Repository Staff Only: item control page