Tekanan akulturasi pelajar Malaysia di luar negara

Sabariah Mohamed Salleh, and Siti Khadijah Hussin, (2017) Tekanan akulturasi pelajar Malaysia di luar negara. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 340-355. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901

Abstract

Laporan Perangkaan Pendidikan Nasional bagi sektor pengajian tinggi negara mencatatkan sejumlah 78, 936 orang bilangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara pada tahun 2013 sama ada melalui pembiayaan persendirian mahupun melalui tajaan pendidikan. Masyarakat Malaysia dikatakan mula berhijrah ke negara-negara lain bagi memenuhi keperluan dalam setiap aspek kehidupan mereka antaranya ialah bagi tujuan melanjutkan pengajian. Apabila berlakunya migrasi ke negara luar, pelajar-pelajar, atau dalam erti kata lain, sorjurner, akan melalui proses adaptasi. Kertas ini akan membincangkan tentang fasa kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Secara khusus, ia akan menyentuh tentang isu-isu utama yang dihadapi, yang menjadi tekanan akulturasi semasa fasa kejutan budaya. Suatu tembual mendalam telah dibuat bersama informan pelajar Malaysia di luar negara yang dipilih dari enam (6) negara yang daripadanya ramai komuniti Malaysia (lebih daripada satu ribu orang pelajar) dan empat (4) lagi merupakan negara yang mempunyai kurang komuniti Malaysia (bawah lima ratus orang pelajar Malaysia). Berdasarkan analisis ke atas data temubual, terdapat tujuh (7) bentuk tekanan akulturasi yang dialami oleh responden pada peringkat kejutan budaya ini iaitu persepsi negatif terhadap masyarakat dalam budaya baru, diskriminasi, sistem pendidikan, halangan bahasa, kerinduan dan kesunyian. Media baharu pula, digunakan sebagai salah satu cara untuk menghadapi tekanan akulturasi semasa fasa kejutan budaya.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan akulturasi; Kejutan antarabudaya; Media baharu; Temubual mendalam
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10551
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2017 03:01
Last Modified:12 Jul 2017 00:17

Repository Staff Only: item control page