Badrul Redzuan Abu Hassan, (2017) Filmografi ‘Anak Mami’ dan wacana keetnikan: sebuah perspektif kritis. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 383-394. ISSN 0128-1496
|
PDF
498kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901
Abstract
Filmografi pengarah A. Razak Mohaideen telah dikritik selama hampir dua dekad kerana sebahagian besarnya dianggap tidak berkualiti serta gagal mengangkat martabat filem Melayu walaupun mampu mencatat pulangan pelaburan yang besar. Sebenarnya, filmografi beliau sangat bernilai dan menarik dari aspek wacana keetnikan kerana ia menyajikan dengan konsisten sebuah representasi sosiobudaya komuniti etnik Jawi Peranakan di Malaysia secara berurutan selama satu dekad lebih. Hal ini kerana secara empirikal, perjuangan serta kegigihan A. Razak dalam mengangkat wacana keetnikan belum pernah diperlihatkan oleh sebarang pembikin filem Melayu sebelum ini. Justeru, makalah ini mempertanyakan persoalan besarnya: ‘Ada apa dengan Jawi Peranakan?’. Untuk mendalami fenomena di atas, makalah ini mengkaji wacana dari filmografi ‘Anak Mami’, iaitu, sejumlah naskah bergenre komedi bertemakan kehidupan komuniti etnik Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Makalah ini mengemukakan perspektif batas etnik sebagai paradigma analitik yang dapat meningkatkan kefahaman dan keupayaan teoretis dalam menanggapi representasi keetnikan yang dinamik pada hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ‘Anak Mami’; Batas etnik; Filmografi; Jawi Peranakan; Filem Melayu |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10554 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2017 03:20 |
Last Modified: | 12 Jul 2017 00:14 |
Repository Staff Only: item control page