Ali Salman, and Siti Minanda Pulungan, (2017) Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan facebook dalam menjalin persahabatan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 438-459. ISSN 0128-1496
|
PDF
584kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901
Abstract
Perkembangan media sosial dalam kehidupan manusia telah menghadirkan suatu peradaban baru khususnya dalam proses komunikasi dan informasi. Globalisasi yang berlaku kerana teknologi komunikasi, teknologi maklumat dan internet sememangnya telah membawa pengaruh sosial kepada perubahan dan pembentukan fenomena pada kehidupan manusia. Salah satu fenomena yang berkembang merupakan suatu fenomena di mana setiap individu menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menjalin persahabatan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menyediakan maklumat terbaru tentang sejauh mana penggunaan Facebook boleh membawa belia kepada aktiviti menjalin persahabatan menerusi Facebook. Selanjutnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah wujud pendedahan diri dalam penggunaan Facebook oleh remaja dan sejauh mana pendedahan diri boleh membawa belia kepada aktiviti menjalin persahabatan menerusi Facebook. Tidak hanya itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara tahap penggunaan, pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan Facebook dalam menjalin persahabatan. Kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori penembusan sosial dan juga teori kegunaan dan kepuasan. Seramai 278 orang belia berusia 18-25 tahun yang merupakan pelajar di Universitas Syiah Banda Aceh, Indonesia ditetapkan menjadi responden dan dipilih secara rawak dan bertujuan. Analisis data menggunakan perisian SPSS 22.0 dalam membuat ujian korelasi dan regresi di antara setiap pembolehubah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan semua hipotesis diterima, yang bermakna setiap pembolehubah bebas mempunyai hubungan kepada pembolehubah bersandar. Hal ini menjelaskan bahawa tahap penggunaan, pendedahan diri, motivasi dan kepuasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan belia dalam menjalin persahabatan menerusi Facebook. Kajian ini juga telah memberi banyak implikasi terhadap teori dan amalan komunikasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendedahan diri; Motivasi; Kepuasan; Facebook; Menjalin persahabatan |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10557 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2017 04:30 |
Last Modified: | 12 Jul 2017 00:09 |
Repository Staff Only: item control page