Analisis berita kempen calon pilihanraya Presiden Donald Trump: kajian terhadap Utusan Malaysia Online dan Astro Awani Online

Shahrul Nazmi Sannusi, and Nawwar Aqilah Mohd Fauzi, (2017) Analisis berita kempen calon pilihanraya Presiden Donald Trump: kajian terhadap Utusan Malaysia Online dan Astro Awani Online. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 460-474. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901

Abstract

Kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat telah mengundang perhatian banyak organisasi media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan. Setiap berita dan kenyataan yang melibatkan calon dari Parti Republikan, Donald Trump dilihat banyak mengetengahkan isu-isu kontroversi yang berjaya mencuri perhatian media. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kandungan berita dalam dua buah media berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia Online dan Astro Awani Online sepanjang tempoh bermula November 2015 sehingga November 2016. Teori Penetapan Agenda digunakan dalam kajian ini bagi melihat bagaimanakah bentuk agenda agensi berita yang dikaji. Metodologi yang digunakan adalah kaedah analisis kandungan kuantitatif serta kualitatif bagi menganalisis kekerapan berita yang diterbitkan serta menganalisis mesej atau bentuk teks berita secara mendalam. Hasil kajian ini mendapati bahawa berita yang disiarkan dalam Astro Awani Online banyak mengetengahkan berita yang berunsur mengkritik calon Republican ini. Manakala akhbar Utusan Malaysia Online pula banyak melaporkan agenda awam seperti mengetengahkan pendapat orang ramai terhadap kempen ini. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kedua-dua akhbar di Malaysia ini menetapkan agenda berbeza terhadap isu-isu yang diketengahkan walaupun kedua-dua agensi berita ini dimiliki oleh parti politik pro kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Penentuan Agenda; Akhbar; Donald Trump; Pilihanraya
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:10558
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2017 04:35
Last Modified:12 Jul 2017 00:07

Repository Staff Only: item control page