Ireena Nasiha Ibnu, and Abdul Latiff Ahmad, (2017) Kajian adaptasi budaya peserta Malaysia Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (1). pp. 475-486. ISSN 0128-1496
|
PDF
596kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/901
Abstract
Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula pada tahun 1974 dan adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun yang mengumpulkan lebih daripada 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan juga Jepun bagi menyediakan peluang yang unik untuk belia tinggal bersama-sama di atas sebuah kapal persiaran bernama “Nippon Maru” untuk tempoh lebih 50 hari. Kajian ini dilakukan ke atas belia di Malaysia yang merupakan bekas peserta program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Mereka ini terdiri daripada belia yang berusia 18 hingga 35 tahun, berbangsa dan beragama Islam. Kumpulan kajian ini terdiri daripada 13 orang bekas peserta kapal dan telah menghabiskan program kapal ini dengan jayanya. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat apakah cabaran utama yang sering dihadapi oleh peserta Malaysia dan untuk memahami proses adaptasi Program Kapal Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) menggunakan model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963). Kajian ini menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati cabaran utama yang dihadapi kebanyakan peserta Malaysia dalam program ini ialah mengenai pemakanan, amal ibadat dan cabaran sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Belia; Kapal; Malaysia; Adaptasi budaya; Islam |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10560 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2017 04:41 |
Last Modified: | 12 Jul 2017 00:05 |
Repository Staff Only: item control page