Suhana Saad, and Mohd Yusof Abdullah, and Novel Lyndon, (2017) Peranan pemimpin pendapat dalam penyebaran inovasi penanaman kelapa sawit. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 33 (2). pp. 73-88. ISSN 0128-1496
|
PDF
686kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/905
Abstract
Struktur sosial masyarakat boleh dianggap sebagai satu rangkaian yang saling berkait antara individu hingga akhirnya akan menjadi satu rangkaian penting dalam menjayakan sesebuah program pembangunan komuniti. Sehubungan dengan itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi penanaman kelapa sawit kepada golongan belia. Kajian ini melibatkan kaedah pengumpulan data primer dan sekunder. Data telah dikumpul menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual bersemuka dengan empat orang informan yang terdiri daripada usahawan, ketua kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seorang pemangku ketua kampung. Kajian ini dijalankan di Johor Utara iaitu Kluang dan Kulai Jaya. Hasil kajian mendapati peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi sangat penting dalam usaha menarik para belia untuk terlibat dalam industri sawit. Kajian juga mendapati generasi muda memerlukan bimbingan individu yang telah berjaya untuk mengembangkan potensi mereka. Individu yang berjaya ini berperanan sebagai penyebar inovasi yang utama dalam mengembalikan keyakinan para belia terhadap masa depan kerjaya dalam industri sawit. Di samping itu, kajian turut mendapati pemimpin pendapat yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian dan industri sawit lebih dipercayai oleh para belia berbanding dengan pemimpin yang memegang jawatan penting di peringkat kampung namun terlibat secara sebahagian dan tidak sepenuhnya dalam sektor tersebut. Kesimpulannya, usaha menarik minat belia memerlukan intervensi banyak pihak terutamanya yang melibatkan pemegang taruh. Minda golongan muda terhadap perkerjaan dalam industri kelapa sawit perlu diubah supaya persepsi, minat terhadap sektor ini lebih berbentuk positif dan seterusnya akan menggerakkan penglibatan mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemimpin pendapat; Komunikasi; Kelapa sawit; Sistem sosial; Belia |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 10568 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2017 08:02 |
Last Modified: | 12 Jul 2017 00:27 |
Repository Staff Only: item control page