Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia

Intan Suria Hamzah, and Sity Daud, and Nor Azizan Idris, (2016) Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 11-23. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
519kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Migrasi rentas sempadan masakini telah melibatkan perpindahan jutaan manusia ke serata dunia samaada berhijrah sebagai buruh sah, PATI mahupun pelarian.Sebagai sebuah negara pesat membangun, mempunyai masyarakat Islam yang ramai dan dipacu kekukuhan ekonomi serta kestabilan politik, Malaysia telah berjaya menarik perhatian jutaan migrasi pendatang asing tanpa izin. Kajian ini telah mengenalpasti punca penghijrahan etnik Rohingya dari Myanmar yang menyebabkan mereka menjadi masyarakat pelarian. Seterusnya meneliti isu-isu kontemporari mereka di Malaysia dengan mengetengahkan kejadian pemerdagangan manusia tahun 2015 dancara pelarian memasuki Malaysia. Data primer dikumpul melalui temubual berstruktur dengan informan yang mempunyai kaitan dalam isu rentas sempadan dan pelarian Rohingya di Malaysia. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, buku migrasi, akhbar dan data atas talian. Hasil kajian mendapati kemasukan pendatang asing tanpa izin atau pelarian telah menimbulkan masalah kepada negara Malaysia iaitu melalui isu rentas sempadan secara haram, pemerdagangan manusia dan kerajaan terpaksa memikul tanggung jawab sosial menerima pelarian Rohingya yang mana negara Myanmar tidak memperdulikan isu ini.

Item Type:Article
Keywords:Islam; Migrasi; Myanmar; Pelarian Rohingya; Pemerdagangan manusia; Pendatang asing tanpa izin
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 00:41
Last Modified:14 Aug 2017 04:20

Repository Staff Only: item control page