Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: kajian kes Kota Bharu, Kelantan

Ang, Kean Hua (2016) Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: kajian kes Kota Bharu, Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 24-31. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Banjir monsun merupakan bencana alam semulajadi yang tidak dapat dielak daripada menimpa masyarakat Kota Bharu Kelantan. Pelbagai kaedah penggunaan teknologi moden masih tidak dapat menghalang bencana banjir untuk terus menghantui masyarakt setempat. Kajian penyelidikan dijalankan untuk memahami masyarakat Kota Bharu menyesuaikan diri dan mengurangkan kesan bencana banjir. Kajian ini melibatkan kaedah soal selidik yang menumpukan kepada kawasan bandar Kota Bharu sahaja, dengan melibatkan seramai 400 responden yang tinggal berdekatan dengan Sungai Kelantan. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan responden adalah terdiri daripada etnik Melayu dengan kategori umur dalam 30 hingga 45 yang menetap lebih daripada 10 tahun di kawasan bencana banjir, amat bersetuju bahawa kebanyakan rumah dibina bertiang dan tinggi daripada permukaan bentuk muka bumi (45%), tetapi amat tegas dalam melihat peranan jarak rumah yang jauh daripada sungai dapat mengurangkan kesan bencana banjir. Ketersediaan menghadapi bencana banjir melalui penyediaan sumber makanan seperti sardine, telur, dan beras sangat diperlukan bagi mengelak daripada mengalami ‘darurat’. Selain itu, perahu digunakan sebagai pengangkutan (45.75%), manakala pelampung (49.25%) digunakan sebagai ‘jaket keselamatan’ atau bermain air banjir oleh kanak-kanak. Oleh itu, penyediaan pelampung membuktikan bencana banjir juga mendatangkan suasana keriangan atau pesta kepada penduduk setempat, walaupun kejadian ini tidak disokong oleh segelintir responden.

Item Type:Article
Keywords:Banjir monsun; Ketersediaan masyarakat; Pengangkutan banjir; Pengurusan banjir; Peralatan penyelamatan banjir; Tanggapan bencana banjir
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10573
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 00:46
Last Modified:14 Aug 2017 04:23

Repository Staff Only: item control page