Mohd Asri Harun, and Zulkifley Hamid, and Kartini Abd Wahab, (2016) Melahirkan warga yang berketerampilan bahasa: kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 32-45. ISSN 2180-2491
|
PDF
364kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara pengetahuan komunikatif dengan amalan ataupelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah di Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 226 orang guru bahasa Melayu yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan kolerasi. Item-item soal selidik yang menggunakan Skala Likert telah dibina bagi setiap pemboleh ubah. Data yang diperoleh diproses menggunakan perisian Amos 16.0. Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara tahap pengetahuan komunikatifdan amalan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah pada tahap sederhana iaitu min 3.04 danmin 2.95. Dapatan daripada ujiankolerasipula menunjukkan bahawaterdapat hubungan yang sederhana antara pengetahuan komunikatif dengan amalan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah dengan nilai r=0.61. Hal ini dijelaskankan oleh Guilfold yang menyatakan koefisien r >0.5 – 0.75 adalah menunjukkan hubungan yang sederhana antara dua pemboleh ubah. Ini bermakna tahap pengetahuan komunikatif yang sederhana mempunyai hubungan yang sederhana dengan tahap amalan atau pelaksanaan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.Ini juga bermaksud semakin tinggi tahap pengetahuan komunikatif guru, semakin tinggi juga amalan atau pelaksanaan komunikatif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan komunikatif; Analisis Guilfold; Guru bahasa Melayu; Korelasi sederhana; Pengetahuan komunikatif; Strategi komunikatif |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10574 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2017 00:50 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 04:26 |
Repository Staff Only: item control page