Tahap kepuasan pelancong di Malaysia: kajian lokasi ekopelancongan sekitar Melaka

Hamidi Ismail, and Md Sirat Abu, (2016) Tahap kepuasan pelancong di Malaysia: kajian lokasi ekopelancongan sekitar Melaka. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 69-78. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi ekopelancongan di Melaka sukar ditentukan kerana tiada bukti jelas daripada kajian terdahulu. Oleh kerana itu, objektif kajian adalah untuk meneliti tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi atau pusat ekopelancongan sekitar Melaka menggunakan konstruk ukuran jangkauan dan pencapaian. Sebanyak 560 sampel terdiri daripada pelancong domestik dan asing diambil berdasarkan kaedah peratusan di 12 pusat ekopelancongan sekitar negeri Melaka bagi tujuan kaji selidik dan analisis data pula menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu min. Kajian mendapati bahawa tahap jangkauan kepuasan setinggi min 3.8, tahap pencapaian kepuasan setinggi min 3.70 dan keseluruhan tahap kepuasan pelancong terhadap lokasi ekopelancongan setinggi min 3.75 atau menghampiri Skala 4 iaitu memuaskan. Tahap yang memuaskan ini muncul daripada perbezaan dalam diri seseorang pelancong terhadap sesuatu yang dilawatinya dan ia adalah bersifat psikologi. Justeru, kajian berpendapat pihak pengusaha mahupun kerajaan perlu tingkatkan usaha dalam promosi, pengurusan lokasi ekopelancongan serta melihat kembali kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan agar selaras dengan keperluan pelanggan untuk memenuhi kepuasan dari aspek psikologi pelancong. Malah, fungsi dan dasar sedia ada dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan perlu menekankan aspek keperluan memenuhi kepuasan pelancong.

Item Type:Article
Keywords:Ekopelancongan; Jangkauan kepuasan; Kepuasan pelancong; Pelancongan Melaka; Pencapaian kepuasan; Pengalaman ekopelancongan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10577
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 01:04
Last Modified:14 Aug 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page