Meninjau kembali Dasar Pandang ke Timur Mahathir: penelitian aspek perlaksanaan dan implikasi

Mohd Afendi Daud, and Junaidi Awang Besar, (2016) Meninjau kembali Dasar Pandang ke Timur Mahathir: penelitian aspek perlaksanaan dan implikasi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 79-91. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
381kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Dasar Pandang ke Timur adalah satu isu menarik yang diperbincangkan ramai sarjana tetapi tidak ramai yang memberi tumpuan kepada rasional dan implikasi Dasar Pandang ke Timur. Disebalik dasar ini diperkenalkan oleh Mahathir terdapat agenda yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia. Ia bukanlah semata-mata melihat etika kerja. Etika kerja hanya untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bersama melibatkan diri dalam menjayakan Dasar Pandang ke Timur dan mengubah paradigma yang selama ini lebih condong kepada Barat. Etika kerja adalah slogan yang digunakan untuk menggalak bekerja dengan lebih kuat lagi dan tidak mengikut etika kerja Barat yang dianggap telah selesa. Ia adalah untuk mengubah pemikiran dan paradigma supaya tidak terlalu taksub dengan pihak Barat terutama Britain. Adalah amat penting mengubah tanggapan bahawa semua yang datang dari Barat adalah baik dan digantikan sebagai alternatif adalah dengan melihat ke Timur terutama Jepun. Walaupun dinyatakan bahawa Dasar Pandang ke Timur adalah melihat negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura tetapi tumpuan adalah lebih kepada Jepun. Isu ini akan diperbincangkan dalam artikel ini. Artikel ini juga melihat perkembangan Dasar Pandang ke Timur, rasional perlaksanaan dan implikasi dasar ini.

Item Type:Article
Keywords:Agenda tersirat; Anjakan paradigma; Bahasa Jepun; Dasar Pandang Ke Timur Mahathir; Etika kerja Jepun; Perenggu minda
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10578
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 01:32
Last Modified:14 Aug 2017 06:42

Repository Staff Only: item control page