Kualiti hidup dan tahap pendidikan isi rumah di pinggir bandar di Malaysia: satu penerokaan isi rumah di Mukim Rawang II, Selangor

Wan Maznah Wan Harun, and Azahan Awang, and Shamsuddin Man, (2016) Kualiti hidup dan tahap pendidikan isi rumah di pinggir bandar di Malaysia: satu penerokaan isi rumah di Mukim Rawang II, Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 92-103. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
333kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kualiti hidup dan pendidikan adalahdua aspek saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti hidup isi rumah secara objektif tergambar dari tahap pendidikan, jumlah pendapatan yang diperolehi, tabungan, penggunaan barangan dan perkhidmatan.Pendidikan juga faktor kepada peningkatan kualiti hidup isi rumah.Kualiti hidup meningkat seiring dengan peningkatan tahap pendidikan sesebuah isi rumah.Isi rumah berpendidikan tinggi mampu memperolehi pekerjaan baik dengan gaji yang lumayan serta dapat menggunakan barangan dan perkhidmatan yang diingini.Realitinya hari ini,ramai isi rumah yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu mencapai kualiti hidup seperti yang diingini terutamanya di bandar besar.Adakah perkara seperti ini turut berlaku ke atas isi rumah pinggir bandar.Maka kertas ini bertujuan menganalisis kualiti hidup isi rumah pinggir bandar berdasarkan perbezaan tahap pendidikan ketua isi rumah (KIR).Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada KIRdi Mukim Rawang II.Analisis data dilakukan dengan mengguna perisian Winsteps versi 3.72.3 dan Statistical Package for Science Social (SPSS).Nilai kebolehpercayaan item ialah 0.91 menggambarkan kecukupan item untuk mengukur konstruk kualiti hidup.Nilai pengasingan item ialah 3.10, berupaya memisahkan item kepada tigakumpulan mengikut tahap kesukaran.Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kualiti hidup isi rumah yang signifikan mengikuttahap pendidikan KIR iaitu F(df = 6,79, P < .01) = 4.503.

Item Type:Article
Keywords:Isi rumah pinggir bandar; Jumlah pendapatan isirumah; Konsumsi isirumah; Kualiti hidup; Tahap pendidikan isirumah; Tabungan isirumah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10579
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 01:36
Last Modified:14 Aug 2017 06:40

Repository Staff Only: item control page