Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau

Azman Mahadi, and Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, (2016) Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 126-137. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pilihan raya merupakan salah satu komponen penting bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka. Pilihan raya juga membolehkan rakyat menentukan corak pemerintahan yang diingini, kerana setiap calon atau parti yang bertanding mempunyai ideologi dan prinsip pemerintahan yang tersendiri.Tingkah laku pengundi di sesuatu kawasan banyak dipengaruhi dengan pelbagai faktor. Faktor ini juga bergantung dengan kawalan sosial yang dilakukan oleh sesebuah parti. Tujuan pertama makalah ini adalah untuk menghuraikan pengaruh identifikasi parti dalam tingkah laku pengundi dan kedua, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengundian pengundi. Kajian dilakukan terhadap penduduk di Parlimen Kuala Krau yang meliputi 15 FELDA. Seramai 400 orang telah menjadi responden. Responden dipilih secara rawak menggunakan bebola salji. Hasil kajian mendapati sokongan kuat penduduk FELDA memberi kemenangan berterusan kepada Barisan Nasional. Kemenangan berterusan parti politik disebabkan bakti serta janji yang ditunaikan dalam pembangunan sesebuah kawasan sama ada pembangunan politik, ekonomi dan sosial. Pengundi kawasan FELDA lebih mementingkan pembangunan kawasan untuk kesejahteraan hidup dan bukannya isu-isu yang sensasi.

Item Type:Article
Keywords:Barisan Nasional; Demokrasi; Faktor kemenangan; Pilihanraya; Proses politik; Tingkah laku pengundi FELDA
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10582
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 01:47
Last Modified:14 Aug 2017 06:32

Repository Staff Only: item control page