Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi

Norhayati Zulkefli, and Zaidah Mustapha, (2016) Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9). pp. 150-160. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
282kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. Kajian ini yang pertama bertujuan untuk mengenalpasti jenis emosi dan kedua pengurusan emosi remaja mengikut gender dikalangan remaja yang mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian gender dan emosi ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual mendalam untuk melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan pengurusan emosi dengan melihat faktor budaya. Emosi yang dirasai remaja dilihat dari sudut emosi positif dan negatif. Seramai sepuluh orang pelajar menjadi informan dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati remaja perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki lebih terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Selain itu, emosi sedih dan malu lebih tertumpu kepada remaja perempuan berbanding lelaki. Secara amnya, informan dalam kajian ini menguruskan emosi dengan mendapatkan bantuan dari ibu, rakan-rakan dan kaunselor.

Item Type:Article
Keywords:Ekspresi emosi; Ibu bapa bercerai; Jenis emosi; Kaedah kualitatif; Pengurusan emosi; Remaja
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10584
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2017 01:54
Last Modified:14 Aug 2017 04:36

Repository Staff Only: item control page