Memahami kepentingan karakteristik pelajar tahfiz terhadap pencapaian subjek hifz al-Quran

Intan Zakiah Jamaluddin, and Munif Zarirruddin Fikri Nordin, (2016) Memahami kepentingan karakteristik pelajar tahfiz terhadap pencapaian subjek hifz al-Quran. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 211-228. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
15MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869

Abstract

Karakteristik pelajar tahfiz merupakan aspek yang penting dalam hafazan al-Quran. Karakteristik yang merangkumi faktor demografi, faktor dalaman dan juga strategi pembelajaran tahfiz dikenal pasti mempunyai kesan terhadap pencapaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī). Justeru kajian konseptual ini akan membincangkan perincian karakteristik pelajar tahfiz berdasarkan faktor demografi yang terdiri daripada jantina dan lokasi tempat tinggal. Manakala bagi faktor dalaman ialah berhubung dengan atribut nilai, jangkaan, afektif dan strategi pembangunan dalaman pelajar tahfiz. Strategi pembelajaran tahfiz pula dibahagikan kepada empat strategi, iaitu kognitif, metakognitif, pengurusan sumber dan strategi menghafaz al-Quran. Secara keseluruhannya, karakteristik pelajar tahfiz (faktor dalaman dan strategi pembelajaran tahfiz) selari dengan aspek kesediaan dan latihan dalam model Thorndike. Manakala pencapaian pelajar tahfiz berdasarkan penilaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī) adalah selari dengan aspek kesan dalam hukum Thorndike yang mengimplikasikan sebagai hasil dalam suatu pembelajaran. Penilaian ini juga selari dengan konsep talqin dan al-fahm dalam model al-Qabīsī.

Item Type:Article
Keywords:Hafazan al-Quran; Karakteristik; Kesediaan; Latihan; Kesan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10611
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2017 00:30
Last Modified:29 Aug 2017 00:11

Repository Staff Only: item control page