Peranan pemerintah dalam pengurusan zakat di Indonesia dan Malaysia

Zulkarnain Muhammad Ali, and Hanifah Ahzami Samiun, and Shofian Ahmad, and Mat Noor Mat Zain, (2016) Peranan pemerintah dalam pengurusan zakat di Indonesia dan Malaysia. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 229-243. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869

Abstract

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Hukum menunaikan zakat adalah wajib ke atas semua orang muslim. Namun masih ramai yang belum melaksanakannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) dan Islamic Development Bank (IDB) potensi zakat di Indonesia pada 2012 sebesar Rp.217 trilion (RM58 billion/USD18 billion), namun pengutipan zakat 2013 hanya Rp.2.4 trilion (RM650 juta/USD200 juta) atau sekitar satu peratus sahaja. Manakala penduduk muslim Indonesia berjumlah 210 juta orang (Statitik Badan Pusat Statistik Indonesia 2012), kutipan dan agihan zakat terbilang masih jauh sekali daripada potensinya. Ketidakseimbangan antara kutipan dan potensi sebesar itu tentu menjadi masalah besar. Kajian ini memberi tumpuan membincangkan peranan pemerintah dalam pelaksanaan zakat dalam pandangan Islam dan memperbandingkan peranan pemerintah Indonesia dan Malaysia dalam pengurusan zakat. Kajian menunjukkan bahawa pandangan Islam terhadap pengurusan zakat iaitu pemerintah sebagai pengurus tunggal dan sebagai pemberi hukuman terhadap yang ingkar membayar zakat adalah sangat penting, ini kerana ianya berkaitan dengan peningkatan kesejahteraan masyarakat dan sebagai salah satu sumber kewangan negara. Di Indonesia pengurusan zakat masih dilakukan oleh institusi swasta, masyarakat mahupun individu yang sesiapa pun boleh melakukannya sama ada mempunyai kebenaran atau belum mempunyai kebenaran dari pemerintah. Sebagai natijahnya, pemerintah perlu mengambil alih pengurusan zakat, seperti yang berlaku di Malaysia dimana pengurusan zakat dilakukan oleh pemerintah/negeri sehingga kutipan terus meningkat dan agihan zakat akan berkesan, cekap dan sama rata di peringkat kebangsaan, walaupun masih ada lagi masyarakat yang boleh mengutip mahupun mengagihkan zakat tetapi mesti dengan kebenaran pemerintah.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Peranan kerajaan; Pengurusan; Undang-undang; Perbandingan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10612
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2017 00:48
Last Modified:29 Aug 2017 00:12

Repository Staff Only: item control page