Signifikan pengajian hadis Braille: sorotan literatur

Norhafizah Ahmad, and Latifah Abdul Majid, (2016) Signifikan pengajian hadis Braille: sorotan literatur. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 259-271. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
11MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869

Abstract

Nasib Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mula diberikan perhatian oleh pihak kerajaan atas kesedaran yang ditimbulkan oleh golongan ini yang merasakan keperluan mendesak terhadap tuntutan memahami kalam Tuhan yang akhirnya membawa kepada pengajaran al-Quran Braille di Malaysia. Namun, pendedahan OKU penglihatan terhadap pengajian hadis masih belum berlaku sedangkan hadis juga memainkan peranan yang penting sebagai sumber kedua syariat Islam. Dalam konteks OKU penglihatan, kewujudan hadis Braille memberi ruang kepada golongan istimewa ini membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Justeru, objektif utama makalah ini adalah untuk menjelaskan senario perkembangan pengajian hadis Braille di Malaysia. Ianya merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen yang terdiri daripada buku-buku, artikel-artikel, jurnal, internet dan bahan-bahan yang berkaitan. Hasil kajian mendapati pengajian hadis Braille bagi OKU penglihatan di Malaysia masih belum berkembang secara meluas di mana-mana institusi pendidikan. Selain itu, pengajian hadis Braille juga amat signifikan dalam kehidupan OKU penglihatan dan amat diperlukan sebagaimana keperluan terhadap al-Quran Braille. Ianya dapat membantu OKU penglihatan dalam usaha mengenal, mencintai dan meneladani Rasulullah SAW melalui hadis-hadisnya.

Item Type:Article
Keywords:Orang kurang upaya penglihatan; Signifikan; Pengajian hadis Braille; Syariat; Rasulullah SAW
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10614
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2017 04:05
Last Modified:29 Aug 2017 00:15

Repository Staff Only: item control page