Perbandingan qira’at mutawatirah ‘farsh al-huruf’ dan perkaitannya dalam perbezaan hukum fikah berkaitan ihram

Mohd A'tarahim Mohd Razali, and Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, and Nor Hafizi Yusof, and Abdillah Hisham Abd. Wahab, and Normadiah Daud, and Mohd Faiz Hakimi Mat Deris, (2016) Perbandingan qira’at mutawatirah ‘farsh al-huruf’ dan perkaitannya dalam perbezaan hukum fikah berkaitan ihram. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 273-285. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
11MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869

Abstract

Qira’at adalah satu displin ilmu Islam yang masih asing kalangan masyarakat Islam Malaysia walaupun tanpa disedari, secara amalinya telah dipraktikkan dalam pembacaan al-Quran rutin harian mereka. Artikel ini cuba meninjau kedudukan dua perbezaan lafaz Qira’at Mutawatirah terhadap perbezaan hukum fikah kalangan fuqaha. Pemerhatian dilakukan dari aspek wajh qira’at bertujuan mengamati perbezaan wajah Qira’at bagi menyingkap pengaruhnya dalam mengeluarkan hukum fikah dalam permasalahan Fiqh Ihram dalam kalangan Fukaha Empat. Artikel ini ditulis berdasarkan kajian ke perpustakaan yang bergantung penuh kepada sumber-sumber perpustakaan berbentuk dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab tafsir, hadis, fikah, sejarah, jurnal-jurnal ilmiah, kertas-kertas kerja dan bahan-bahan ilmiah lain yang mempunyai perkaitan dengan kajian ini. Ternyata dapatan hasil penyelidikan merumuskan bahawa kesahan displin ilmu Qira’at ini, jelas tidak boleh dipertikaikan tentang kewujudannya malah ketidaksamaan bacaan al-Quran menerusi perbezaan Qira’at memberi impak yang besar terhadap penafsiran al-Quran terutama ayat-ayat yang melibatkan hukum fikah. Dalam erti kata yang lain, ketidaksamaan wajh qira’at yang berlaku pada ayat-ayat al-Quran telah menimbulkan perbezaan pendapat dan ijtihad kalangan fuqaha’ dalam menginstibatkan sesuatu hukum yang terkandung di sebalik wajh qira’at dalam sesuatu ayat fikah seperti permasalahan Ihram.

Item Type:Article
Keywords:Qira'at; Mutawatirah; Hukum fikah; Ihram; Ilmu al-Quran
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10615
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2017 04:11
Last Modified:29 Aug 2017 00:17

Repository Staff Only: item control page