Mohd Azrin Johari, (2016) Pengajian hadis di masjid dan surau: analisis terhadap tahap kefahaman hadis. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 295-308. ISSN 1985-6830
|
PDF
424kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869
Abstract
Masjid dan surau merupakan institusi yang menjadi tumpuan orang Islam untuk melaksanakan ibadat dan juga menjalankan aktiviti keagamaan. Kuliah pengajian agama dalam pelbagai bidang sering dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid dan surau untuk memberi kefahaman agama yang tepat kepada masyarakat sekitar khususnya. Kuliah pengajian bidang hadis seperti huraian kitab syarah hadis, talaqi kitab hadis beserta sanad, majlis samaa’ al-Hadith dan sebagainya dilihat sebagai usaha yang dilakukan untuk memberi kefahaman hadis kepada masyarakarat. Menyedari hal demikian, tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mengkaji tahap kefahaman hadis kalangan ahli jemaah yang mengikuti kuliah pengajian hadis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Surau al-Mawaddah Shah Alam, Selangor. Metodologi kajian yang dijalankan adalah melibatkan kajian kuantitatif dan kualitatif. Sebanyak 400 responden terlibat dalam menjawab borang soal selidik yang diedarkan di masjid dan surau tersebut. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 87.45% responden berada pada tahap yang amat bertambah pemahaman mereka dalam ilmu hadis dan peningkatan amalan seharian. Manakala, sebanyak 10.35% responden pula berada pada tahap bertambah dan sebanyak 2% responden mengatakan mereka pada tahap kurang bertambah. Tidak terdapat responden yang mengatakan berada pada tahap tidak bertambah dan hanya 0.2% responden mengatakan mereka pada tahap tidak pasti. Skor min dapatan kajian ialah 4.8511 dan sisihan piawai .28144 dengan intepretasi berada pada tahap yang amat tinggi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajian hadis; Kefahaman; Keberkesanan; Metode penyampaian hadis; Masjid; Surau |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 10617 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Aug 2017 04:26 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 00:20 |
Repository Staff Only: item control page