Mohammad Fattah, and Latifah Abdul Majid, and Ahmad Asmadi Sakat, (2016) Kewujudan hadis isyarat dalam Sunan al-Tirmidhi. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 309-319. ISSN 1985-6830
|
PDF
8MB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869
Abstract
Kepakaran Imam al-Tirmidhi dalam mengumpul hadis Nabi SAW terserlah apabila beliau menggunakan perkataan wa fi al-Bab (dalam tajuk ini terdapat riwayat) bagi perawi daripada kalangan sahabat. Hadis-hadis yang diisyaratkan ini tidak banyak mendapat perhatian para ulama terutama mengenai fungsi dan manfaatnya bagi mengukuh hadis yang disebut secara jelas dalam satu bab. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kewujudan hadis-hadis isyarat tersebut dalam pelbagai kitab hadis terutama dalam al-Kutub al-Sittah dan menentukan fungsinya samada sebagai mutabi‛ atau shahid. Metode yang digunapakai dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada analisis dokumen menerusi kaedah takhrij tafsili yang mengambil sampel bab puasa dalam Sunan al-Tirmidhi. Kajian mendapati bahawa dalam perbahasan mengenai bab berkenaan terdapat empat puluh enam (46) sub bab yang mengandungi hadis isyarat. Di dalamnya terdapat seratus tujuh puluh lapan (178) hadis yang diisyaratkan oleh beliau. Dari empat puluh enam bab itu, terdapat tiga puluh lima (35) bab memiliki hadis-hadis isyarat dengan status sahih, satu (1) bab dengan status hasan, dua (2) bab sebagai hadis hasan gharib dan lapan (8) bab dengan status da‛if. Sememangnya dalam kitab Sunan al-Tirmidhi terdapat hadis-hadis yang diisyarat, malahan jumlahnya hampir menyamai bilangan hadis al-Musarrah (hadis yang diletakkan di dalam setiap sub bab berserta sanad dan matan). Perkara ini menunjukkan bahawa Imam al-Tirmidhi memberikan peluang kepada umat Islam dari kalangan ulama, pelajar dan orang awam (pembaca kitabnya) untuk menerokai khazanah Sunnah Rasululllah SAW dan mengukuhkan lagi fungsi hadis isyarat sebagai mutaba‛at.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | al-Tirmidhi; Hadis Isyarat; Sunan al-Tirmidhi; Mutaba'at; Shawahid |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 10618 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Aug 2017 04:33 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 00:21 |
Repository Staff Only: item control page