Etnik dan pembentukan landskap budaya Malaysia: seni anyaman tikar orang Ulu Sarawak

Salmah Omar, and Philip Lepun, and Ribka Alan, (2016) Etnik dan pembentukan landskap budaya Malaysia: seni anyaman tikar orang Ulu Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 21-28. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
829kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Situasi budaya di Malaysia amat unik kerana setiap etnik yang ada mempusakai tradisi budaya masing-masing yang berbeza antara satu sama lain. Oleh demikian, adalah amat penting untuk memahami dan menonjolkan identiti setiap etnik agar dapat dikongsi bersama-sama oleh semua kaum di Malaysia. Negeri Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang mengamalkan bahasa, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Mengikut bancian tahun 2000 terdapat seramai 91,883 orang Ulu yang mewakili lima peratus daripada jumlah penduduk Sarawak. Masyarakat Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, Kelabit, Lun Bawang, Bisaya, Kajang Penan, Lahanan dan Ukit. Masyarakat Orang Ulu bergantung sepenuhnya kepada kepintaran tangan mereka untuk memenuhi keperluan kegiatan ekonomi dan sosial. Antara kegiatan kraftangan mereka ialah menganyam, mengukir, mencacah badan (tatu), membuat perhiasan daripada manik. Masyarakat umum masih kurang mengetahui dan memahami aspek seni kraftangan masyarakat Orang Ulu. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti seni anyaman tikar masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Seni anyaman dilihat sebagai satu seni budaya yang didasari oleh ilmu, adat, kepercayaan dan amalan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.

Item Type:Article
Keywords:Anyaman tikar; Etnik; Landskap budaya; Orang Ulu; Seni budaya; Warisan budaya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10623
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 00:59
Last Modified:07 Sep 2017 00:12

Repository Staff Only: item control page