Analisis tren bilangan insiden hotspot denggi dengan penubuhan COMBI di Malaysia: kajian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan

Norazlin Mohd Nor, and Er, Ah Choy (2016) Analisis tren bilangan insiden hotspot denggi dengan penubuhan COMBI di Malaysia: kajian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 29-39. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
248kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Alaf ini, pelbagai penyakit berjangkit telah wujud di seluruh dunia. Kebanyakan penyakit ini adalah merupakan penyakit bawaan nyamuk dan juga berkaitan dengan kebersihan persekitaran kediaman. Penyakit Denggi merupakan penyakit berjangkit bawaan nyamuk Aedes yang telah mengamcam kesihatan serta kesejahteraan penduduk Malaysia. Penglibatan total daripada semua individu di dalam sebuah komuniti dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan aktiviti pencegahan penyakit denggi khususnya penghapusan kawasan pembiakan nyamuk AEDES ini. Menggunakan data sekunder daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah di Daerah Seremban kajian ini menganalisis data penyakit denggi bagi tahun 2010-2015 untuk melihat pertalian antara kadar insiden hotspot denggi dengan wujud atau tidak wujudnya komunikasi bagi impak tingkahlaku (Communication for Behavioural Impact, COMBI) di kawasan berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun bilangan hotspot di kawasan tiada COMBI lebih tinggi, namun tiada hubungan signifikan COMBI merupakan faktor penyumbang utama kepada pengurangan hotspot denggi. Kesimpulannya, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan amalan pencegahan wabak denggi di kawasan COMBI dan kawasan tiada COMBI.

Item Type:Article
Keywords:COMBI; Insiden denggi; Lokaliti hotspot denggi; Penyertaan komuniti; Persekitaran kediaman; Wabak denggi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10624
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 01:05
Last Modified:07 Sep 2017 00:15

Repository Staff Only: item control page