Singapura dan pengaruh luar menjelang Perang Dunia Pertama

Muhammad Aslah Akmal Azmi, and Mohd Samsudin, (2016) Singapura dan pengaruh luar menjelang Perang Dunia Pertama. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 40-48. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Menjelang Perang Dunia Pertama, British mengakui bahawa Tanah Melayu khususnya Singapura telah pun terdedah dengan pelbagai hasutan dan propaganda pengaruh luar. Apabila Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914, pengaruh luar ini mula menyebarkan propaganda dan ideologi penentangan bagi mendapatkan sokongan masyarakat untuk bangkit menentang British. Ancaman utama British pada ketika itu adalah daripada pengaruh gerakan Ghadar, Pan Islamisme dan Jerman. Menyedari hal ini, kerajaan British telah mengambil beberapa langkah bagi menghalang ancaman dan pengaruh luar tersebut. Namun begitu, hasutan dan propaganda pengaruh luar tersebut tidak dapat dibendung dengan mudah apabila akhirnya tercetus peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Artikel ini akan menganalisis keberkesanan usaha-usaha British dalam membendung serta menangani ancaman pengaruh luar yang membawa kepada peristiwa dahagi tentera (Singapore Mutiny 1915). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer daripada rekod-rekod kerajaan British. Dapatan kajian memperlihatkan kelemahan dan kelonggaran pentadbiran British merupakan faktor utama yang telah membawa kepada berlakunya peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Kesimpulannya, pentadbiran British di Singapura gagal menghalang ancaman dan pengaruh luar sehingga membawa kepada pemberontakkan dari kalangan tenteranya sendiri iaitu Indian 5th Light Infantry.

Item Type:Article
Keywords:British Malaya; Indian 5th Light Infantry; Pengaruh luar; Perang Dunia Pertama; Propaganda perang; Singapore Mutiny
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10625
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 01:20
Last Modified:07 Sep 2017 07:04

Repository Staff Only: item control page