Hua, Ang Kean (2016) Mengenai penyelidikan dan kajian kes: satu tinjauan literatur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 49-55. ISSN 2180-2491
|
PDF
273kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kajian penyelidikan merupakan proses dan keadah untuk mengutip, mengumpul, dan menganalisis data bagi menghasilkan keputusan dan maklumat untuk meningkatkan pemahaman serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan masyarakat. Tujuan utama kajian penyelidikan adalah membantu manusia untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah, menyampaikan idea dan maklumat kepada masyarakat, membantu penyelidik membuat keputusan melalui pengumpulan data, dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang baharu. Kajian penyelidikan boleh dibahagikan kepada beberapa fasa, iaitu fasa pertama (pernyataan masalah, persoalan, hipotesis atau objektif kajian), fasa kedua (kajian literatur, reka bentuk kajian, instrumentasi, kajian awal), dan fasa ketiga (pengumpulan data, analisis data atau hasil kajian, dan penyediaan laporan). Kajian penyelidikan penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan, menerangkan fenomena melalui penemuan teori atau prinsip baru yang menyatakan sebab dan akibat, mengurangkan impak kesan negatif kepada peningkatan impak positif melalui logikal dan fakta dalam proses pemikiran manusia, maklumat yang boleh dirujuk oleh masyarakat bagi penambahbaikan luaran dan dalaman manusia, dan sumbangan penyelidik berasaskan objektif (bukan emosi) yang mengarah kepada kebaikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fasa; Kaedah; Kajian penyelidikan; Kepentingan; Studi kajian; Tujuan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10626 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2017 01:22 |
Last Modified: | 07 Sep 2017 07:32 |
Repository Staff Only: item control page