Masyarakat pribumi, infrastruktur sosial dan pembangunan terancang di Malaysia: kajian penglibatan masyarakat Orang Asli di RPS Air Banun, Belum-Temengor, Perak

Kamal Solhaimi Fadzil, and Wan Suzita Wan Ibrahim, and Siti Nor Awang, and Rosilawati Zainol, and Juli Edo, (2016) Masyarakat pribumi, infrastruktur sosial dan pembangunan terancang di Malaysia: kajian penglibatan masyarakat Orang Asli di RPS Air Banun, Belum-Temengor, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 88-100. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
463kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kemudahan infrastruktur sosial melibatkan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan rangkaian perhubungan yang penting bagi memenuhi keperluan asas manusia. Kemudahan infrastuktur yang sempurna yang disediakan untuk masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan infrastruktur sosial di Malaysia adalah membanggakan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah masyarakat yang masih belum menerima kemudahan infrastruktur sosial yang sewajarnya. Kajian ini menilai keperluan infrastrukutur sosial yang disediakan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Data primer diperolehi daripada kajian di sembilan daripada 18 buah perkampungan Orang Asli di RPS Air Banun, Perak . Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan pembangunan kemudahan sosial yang terdapat di kawasan penempatan komuniti Orang Asli di RPS Air Banun masih tidak mencukupi. Kerjasama dan perhatian daripada pihak berkepentingan amat diperlukan untuk memastikan mereka berupaya menerima kemudahan sosial asas sama seperti masyarakat Malaysia yang lain, terutama dalam konteks pembangunan terancang seperti terrungkap di dalam Pelan Induk Bersepadu bagi kawasan Hutan Tropikal Belum Temengor (IMP BTTR).

Item Type:Article
Keywords:Hutan hujan tropika Belum-Temengor; Infrastruktur sosial; Orang Asli; Pembangunan terancang; Penglibatan komuniti tempatan; Rancangan Pengumpulan Semula Belum-Temengor
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10630
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 01:36
Last Modified:07 Sep 2017 07:34

Repository Staff Only: item control page