Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Zurina Ahmad Saidi, and Er, Ah Choy (2016) Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 113-126. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
390kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pembungkusan bekas makanan mesra alam (BMA) merupakan produk pembungkusan yang memberikan kesan terhadap kelestarian alam sekitar di samping mesra alam. Penggunaan BMA sedang giat dijalankan dan meluas di negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah selaras dengan perkembangan kefahaman dan pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Kajian ini mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap bekas makanan mesra alam (BMA) dalam melestarikan alam sekitar. Data primer diperolehi daripada 50 orang pelajar UKM yang disampel secara rawak. Analisis hasil kajian mendapati baik bagi pelajar lelaki atau wanita penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) tidak menjadi topik utama dalam memastikan kelestarian alam di dalam kampus khususnya. Namun begitu, pelajar bersedia untuk lebih mengetahui tentang penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) serta kelebihan-kelebihan yang diperolehi dan bersedia untuk mencuba bekas makanan mesra alam (BMA).

Item Type:Article
Keywords:Bekas makanan mesra alam; Kampus lestari; Kefahaman alam sekitar; Kelestarian alam sekitar; Kesedaran alam sekitar; Pelajar pendidikan tinggi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10632
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 01:42
Last Modified:07 Sep 2017 07:10

Repository Staff Only: item control page