Pembinaan bangsa Malaysia (1): kajian empirikal tahap patriotisme belia

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, and Shamsul Anuar Nasarah, and Zaheruddin Othman, (2016) Pembinaan bangsa Malaysia (1): kajian empirikal tahap patriotisme belia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 159-170. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
308kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Tahap patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini dikatakan masih rendah berdasarkan pelbagai kejadian semasa, malah amat sukar untuk meletakkan tahap yang sebenarnya secara saintifik atau ilmiah disebabkan tiada bukti konkrit. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotisme belia di Malaysia berdasarkan aspek kefahaman terhadap sistem pentabiran negara, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia, perasaan sayang kepada Malaysia, perasaan kekitaan atau memiliki terhadap negara, kesetiaan kepada negara, berdisiplin atau adab baik demi nama baik negara serta peningkatan produktiviti demi negara. Sebanyak 1500 sampel diambil dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap patriotisme belia di Malaysia dalam kategori tinggi adalah sebanyak 73 peratus dengan nilai min sebanyak 7.26. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini adalah berbeza dengan hujah yang mengaitkan belia tidak patriotik berdasarkan pelbagai peristiwa berlaku di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar usaha kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (Belia) pada masa kini wajar diteruskan kerana ia dapat membentuk belia atau masyarakat yang berpatriotik.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Indikator patriotisme; Nasionalisme; Pembinaan bangsa; Polisi belia; Tahap patriotisme
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10635
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 01:54
Last Modified:07 Sep 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page