Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, and Lilah Yasin, (2016) Belia dan program kesukarelawan di Malaysia: satu kajian empirikal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (10). pp. 183-194. ISSN 2180-2491
|
PDF
328kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Penghayatan belia terhadap program sukarelawan perlu diberikan perhatian kerana aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan tanpa penghayatan pastinya tidak memberikan faedah kepada pesertanya. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap penghayatan belia berdasarkan enam konstruk penghayatan iaitu tahap kefahaman, perasaan, kepercayaan, amalan, sikap dan motivasi. Kajian dilakukan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia yang melibatkan 500 sampel dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30 dan berbilang kaum. Analisis crosstabulation dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik yang diambil dalam kalangan responden secara convenience (mudah). Hasil kajian menunjukkan tahap penghayatan belia terhadap semangat kesukarelawanan adalah memuaskan kecuali konstruk tahap perasaan dan motivasi. Bagi konstruk perasaan misalnya, kajian menunjukkan semangat kesukarelawanan yang masih rapuh kerana golongan belia tidak sanggup atau seronok melakukan aktiviti sukarelawan di kawasan berpenyakit, kotor dan kekurangan kemudahan awam. Situasi sebegini sememang akan wujud apabila negara berdepan dengan kejadian bencana dan ini menggambarkan tahap penghayatan golongan belia terhadap semangat sukarelawan masih kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar program motivasi berkaitan penghayatan belia terhadap semangat sukarelawan sedia ada perlu diteruskan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Belia; Emosi; Penghayatan; Motivasi; Program kesukarelawan; Semangat kesukarelawan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10637 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2017 03:07 |
Last Modified: | 07 Sep 2017 07:08 |
Repository Staff Only: item control page