Ermy Azziaty Rozali, (2016) Manuskrip ‘Hikayat Perang Setambul’ dan ‘Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 43 (2). pp. 23-50. ISSN 2180-0251
|
PDF
431kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/873
Abstract
Artikel ini adalah untuk membincangkan dua buah manuskrip, iaitu ‘Hikayat Perang Setambul’ dan ‘Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan Ibni Al-Marhum Al-Maulana Abdul Majid Khan Ghazi Dengan Raja Rushin Yang Bernama Francis Alexander’. Kedua-dua hikayat ini membentangkan pensejarahan peperangan yang berlaku di antara daulah Turki Uthmaniyah dan juga kerajaan Rusia. Penulisan hikayat ini menceritakan plot peperangan yang berlaku, lokasi peperangan dan kedudukan pasukan tentera yang terlibat. Penulis mengetengahkan kejayaaan daulah Turki Uthmaniyah dalam peperangan yang berlaku, menunjukkan kecenderungan dan penghormatan mereka terhadap daulah tersebut. Usaha yang dilakukan jelas menggambarkan kemampuan penulis Melayu membentangkan sejarah peperangan antara daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia yang jika dilihat dari dari segi geografinya, berada jauh dari Dunia Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hikayat Perang Setambul; Turki Uthmaniyah; Rusia |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 10639 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2017 04:39 |
Last Modified: | 06 Sep 2017 06:04 |
Repository Staff Only: item control page