Muhamad Nadzri Mohamed Noor, and Mohd Faizal Daud, (2016) Pilihan Raya dalam politik Kelantan 1990 - 2013: antara parti, pemimpin dan isu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 43 (2). pp. 51-73. ISSN 2180-0251
|
PDF
395kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/873
Abstract
Politik dan pilihan raya Kelantan sering kali dianggap umum sebagai sebuah fenomena politik yang unik. Malah terdapat beberapa usaha untuk memahami keunikan itu, tetapi akhir mereka memerihalkan bahawa politik Kelantan sememangnya unik. Pemahaman umum bahawa politik negeri itu adalah unik adalah kerana di saat negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia secara konsisten, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mengundi Barisan Nasional (BN), pengundi di Kelantan berterusan mengundi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai kerajaan negeri khasnya sejak PRU 1990. Makalah ini dinukilkan dengan tujuan yang sederhana, dalam mengkaji dan membongkar keunikan politik pilihan raya di Kelantan. Berdasarkan analisis data-data dari SPR dan beberapa temubual, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan parlimen Kelantan telah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kawasan kubu kuat PAS, kawasan BN dan kawasan pengundian berubah-ubah. Selepas itu pengkaji mengidentikasi corak pengundian pengundi di kawasan-kawasan itu berdasarkan teori pengundian (perilaku pengundi) yang terpilih. Bagi melihat kekuatan perilaku pengundi itu, maka perbandingan (dan ujian) dibuat di antara kawasan-kawasan mengundi di dalam kategori itu dan juga keputusan-keputusan yang direkodkan dalam pilhanraya-pilihanraya yang lepas. Namun, atas kekangan masa dan sumber, data perbandingan yang dapat digunapakai, dan fokus kajian hanyalah tertumpu dari PRU 1990 ke PRU 2013.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan Raya; Politik Kelantan; Perilaku Pengundi; Parti Islam SeMalaysia; Barisan Nasional |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 10640 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2017 04:46 |
Last Modified: | 06 Sep 2017 06:07 |
Repository Staff Only: item control page