Sejarah dan evolusi profesion aktuari

Haslifah Mohamad Hasim, and Iqtiyani Ulfa Mohd Azamee, (2016) Sejarah dan evolusi profesion aktuari. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 43 (2). pp. 124-142. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/873

Abstract

Penulisan ini membentangkan sejarah dan evolusi profesion aktuari. Di zaman Empayar Rom Purba, gelaran aktuarius diberikan kepada setiausaha Senat Rom yang bertanggungjawab dalam menyusun minit perbincangan dan keputusan yang dibuat di dalam Acta Senatus. Selain daripada tugas aktuarius sebagai setiausaha Senat Rom, jawatan aktuarius juga merujuk kepada pegawai Empayar Rom yang menguruskan rekod harian kerajaan dan mewartakannya di dalam Acta Diurna. Masa berlalu dan peranan aktuarius terus berkembang sehingga ke zaman Empayar Rom Timur dimana aktuarius turut terlibat dalam pengagihan gaji kepada tentera-tentera Rom dan menguruskan peruntukan ketenteraan. Gelaran aktuari yang diambil daripada perkataan aktuarius dihidupkan kembali di sekitar abad ke-18 oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi merujuk kepada jawatan beliau sebagai ahli matematik dalam sebuah syarikat insurans hayat. Seterusnya ilmu aktuari terus berkembang dan diperlukan dalam pelbagai bidang termasuk insurans am, pencen dan keselamatan sosial, pelaburan, dan ekonomi kewangan moden. Penulisan ini juga meneroka sejarah dan perkembangan profesion aktuari di Malaysia, sebelum dan selepas kemerdekaan.

Item Type:Article
Keywords:Aktuari; Empayar Rom; Insurans
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:10643
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2017 04:55
Last Modified:06 Sep 2017 05:58

Repository Staff Only: item control page