Penaakulan perkadaran murid tahun lima dalam topik nisbah dan kadaran

Fazura Mohd Noor, and Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, and Leong, Kwan Eu (2016) Penaakulan perkadaran murid tahun lima dalam topik nisbah dan kadaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (2). pp. 99-105. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
675kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/878

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penaakulan perkadaran murid sekolah rendah semasa menyelesaikan masalah berkaitan perkadaran. Kajian kes kualitatif ini melibatkan tujuh murid tahun lima (berumur 11 tahun) yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data kajian yang telah dikumpulkan melalui teknik temu bual klinikal dapat memaparkan strategi dan justifikasi murid secara mendalam bagi setiap aktiviti yang ditunjukkan. Artikel ini hanya membentangkan analisis terhadap respons murid terhadap tugas berkaitan masalah membandingkan nisbah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penaakulan perkadaran murid konsisten dengan tahap yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji lepas yang mana murid sekurang-kurangnya mempunyai tahap penaakulan perkadaran tidak formal, manakala tahap penaakulan perkadaran kuantitatif merupakan tahap tertinggi. Namun dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat respons murid yang tidak boleh dikategorikan dalam mana-mana tahap menyebabkan wujud satu tahap antara tahap penaakulan perkadaran tidak formal dan tahap penaakulan perkadaran kuantitatif. Dapatan kajian ini dapat membekalkan informasi kepada guru matematik sekolah rendah bahawa setiap murid mempunyai tahap penaakulan perkadaran yang berbeza dan guru perlu mempelbagaikan aktiviti yang menggalakkan murid berfikir secara perkadaran.

Item Type:Article
Keywords:Penaakulan perkadaran; Masalah membandingkan nisbah; Strategi; Tahap; Matematik
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10645
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2017 00:13
Last Modified:11 Sep 2017 01:56

Repository Staff Only: item control page